2008-10-12

bukit bauk d sewa episod 1

Suasana bukit bauk yang terletak dalam daerah dungun agak meriah dengan terbinanya politeknik dan sekolah menengah teknik.Aku masih ingat masa kecik dulu bila sebut jer pasal bukit bauk pada waktu malam semua kecut perut.Macam-macam cerita yang muncul jumpa orang takder kepala la,orang tahan kereta la,perempuan lawa lambai-lambai la.Dahulu bukit bauk akan sepi bila malam menjelma,katanya tempat ini keras ramai tidak memilih untuk keluar malam.
Alhamdulillah sudah 4 semester aku telah menyambung pengajian di politeknik dungun terengganu,setakat ini tiada lagi gangguan-gangguan yang teruk menghantui aku.Setakat sikit-sikit biasala adat masuk tempat baru.Selepas menjalani latihan industri aku dan kawan-kawan memilih untuk menetap di rumah sewa,rumah sewa kami terletak di kaki bukit bauk dan di sebelah sekolah menengah teknik.
Sungguh malang nasib aku,hari ni merupakan hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar yang baru habis menjalani latihan industri.semua pelajar mesti menghantar report.Report aku di tolak oleh pensyarah alasannya muka surat tidak mencukupi dengan kata lain "report awak nipis sangat","ini baru report" sampuk sorang lagi pensyarah sambil menunjukkan aku report pelajar lain."Apalah awak ini pergi hantar printer pun nak tulis dalam buku log?"sambung pensyarah itu lagi "Dah itu kerja yang syarikat bagi kat saya takkan saya nak tulis pergi hantar kapal terbang kot"balas aku dengan nada geram."saya nak awak buat balik report ni kalau tak awak dikira gagal untuk paper praktikal".
Aku terus keluar dari dewan besar dimana tempat yang digunakan untuk proses pendaftaran hari ini,sebelum melangkah keluar rakan-rakan kelas ku ada bertanya kenapa report aku di tolak aku cakap"Entah "aku terus berlalu malas nak melayan pertanyaan sebegitu.Dalam kepala aku asyik duk berfikir kenapa pensyarah cakap report aku tak cukup sedangkan dalam buku panduan hanya nak 50 helai jer report aku 63 helai lebih dari mencukupi.Apa lagi yang tak kena,macam mana aku nak buat?
Aku terus balik ke rumah sewa,sampai jer kat rumah aku tengok semua member dah ada mungkin baru sampai maklumla semua duduk jauh kecuali aku yang tinggal dalam daerah ni juga.suasana riuh mula menguasai rumah sewa aku macam jejak kasih pun ada biasala dah lama tak berjumpa lepas praktikal kami bercuti selama 2 bulan,rumah sewa kami dihuni oleh 10 orang dari kursus yang berlainan 4 orang dari diploma mekanikal keplastikan(DMK)iaitu bad,helmi,mamut dan sadri, 4 orang diploma kejuteraan mekanikal(DTK) amar,jedi,hise,dan arwah ben,2 lagi adalah dari diploma teknologi komputer(DTK) iaitu hafiz(aku) dan shokray namanya agak pelik tapi itu la keunikan rumah sewa bukit bauk.Aku dan shokray memang baik semenjak semester 1 dia adalah roomate aku semasa tinggal di hostel.