2008-02-21
kereta control atau spy plane?
Di satu pagi di bulan januari,3 orang sahabat yang sedang lena menidurkan diri lena diulit mimpi indah dikejutkan dengan suatu bunyi yang amat pelik.Bunyi yang tidak pernah di dengar sebelum ini.Bunyi tersebut sekepjap ada sekejap takder macam biskut.
Bunyi yang pelik tersebut telah mengejut 2 orang daripada 3 orang sahabat tersebut,hafiz jaafar dan hafiz ganu maka bertanyalah Hafiz Jaafar kepada hafiz ganui,"eh apa kebenda yang berbunyi tadi macam pelik jer tak pernah pun aku dengar bunyi pelik macam tu" hafiz ganu menjawab "aku rasa spy plane la aku takut dia langgar bilik kita","yeke kau nampak ke?" tanya hafiz jaafar lalu terus turun dari katil keluar bilik terus termenung di beranda."Aku tak sempat nak tengok apa benda yang berbunyi tadi yang aku nampak asap jer kau sempat tengok ke?" hafiz ganu menerangkan kepada hafiz jaafar."ufo ke?" hafiz jaafar bertanya"aku rasa spy plane"."Iye-iye la kau ni aku rasa kereta control la aku sempat tengok tadi tapi kereta tu dah jauh"hafiz jaafar mencelah "Ada ke orang main kereta control pagi-pagi buta macam ni"hafiz ganu terus bertanya.
Jam dinding di bilik menunjukkan pukul 4 pagi,setelah lama 2 orang sahabat termenung di beranda.tiba-tiba sayup-sayup kendengaran bunyi yang seakan-akan bunyi pelik tadi."Dia datang dia datang,cepat menyorok aku takut dia langgar bilik kita"cakap hafiz ganu dengan penuh menggelabah.
Lama kelamaan bunyi tersebut makin dekat,"weng weng weng weng weng" "diam-diam dia dah datang"hafiz jaafar memberi arahan.Apabila bunyi tersebut makin dekat kedua-kedua hafiz terkejut besar"..........
"Ceh aku ingat UFO atau kereta control rupanya Lori penyembur nyamuk buang karen betul la jom la sambung tidur"berkata hafiz jaafar dengan nada hampeh.
Lori penyembur nyamuk terus menjalankan tugasnya hingga lama kelamaan bunyi pelik itu semakin hilang dari pendengaran.
2008-02-19
Mode pilihan raya
Sebagai perkara lumrah atau seakan-akan wajib,bila menjelma musim pilihan raya persekitaran negara malaysia yang indah ini akan menjadi bertambah indah dengan hiasan poster yang berwarna-warni.Poster-poster yang mewakili lambang pelbagai parti politik,pelbagai warna antaranya hijau,merah,biru dan kuning.
Musim dimana banyak pekara-perkara pelik yang tidak pernah berlaku akan bakal berlaku.Para pemimpin yang sebelum ini teramat sibuk hingga tiada masa untuk bertemu rakyat seakan-akan terlebih masa untuk mendengar masalah rakyat.Projek-projek baru akan tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan,kain pelikat,susu,milo,beras akan bertukar tangan bagaikan bertukar servis dalam permainan badminton,Iklan di media arus perdana berkurangan dan digantikan dengan paparan kejayaan Negeri-negeri.Masing-masing bangga dengan pencapaian negeri sendiri,boleh di ibaratkan sebagai prensentation atau pembentangan selepas melaksanakan amanah rakyat.
Tidak dinafikan negara kita telah mengalami pembangunan yang boleh dibanggakan di seluruh pelusuk dunia selepas mengecapi kemerdekaan selama 5 dekad,tetapi persoalanya disini adakah apa yang kita peroleh itu dengan cara yang betul.Matlamat tidak menghalalkan cara,adakah pembangunan yang dilakukan untuk kesejahteraan rakyat?
Baik pembangkang atau pemimpin,siapa yang berada di atas tidak penting,kami rakyat umpama pelanduk yang hampir mati di tengah-tengah apabila gajah bergaduh.Jangan manifesto hanya kata-kata yang tak mampu di implankan apabila kerajaan terbentuk lagi.
lan wan technology
UniKL-1807 4.30 pm-6.3o
Lecture-En Ahmad
Tempat Duduk:Belakang sekali sebelah mang
Ini adalah apa yang aku faham
Rangkaian kawasan setempat maya atau lebih dikenali dengan nama VLAN definisikan sebagai “Kumpulan logikal dua atau lebih nod yang mempunyai nombor rangkaian (network number) yang sama tetapi tidak semestinya berada di dalam segmen rangkaian yang sama.”
Apa yang aku faham tentang VLAN adalah switch boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk membentuk rangkain lain atau dengan fahaman lain adalah seperti membuat partition(pembahagian pada Hard disk.Oleh itu kita boleh menganggap kita mempunyai 2 atau lebih rangkaian LAN dalam satu switch yang sama.Konfigurasi boleh dilakukan di dalam switch menggunakan CLI-lab sheet.
Di antara kebaikan pada VLAN ialah
1.Meningkatkan prestasi-Dapat memisahkan pelanggaran (collision) domain dan broadcast domain. Ini menyebabkan trafik di dalam sistem rangkaian dapat disekat dari keluar dari kumpulan tersebut. Trafik broadcast yang berlaku dapat dikurangkan dengan menentukan stesen yang mempunyai tugasan yang sama berada di dalam kumpulan yang sama tanpa mengira lokasi sebenar stesen tersebut. Selain dari itu, pelayan juga boleh dipasang berapa NIC (network interface card) dan mempunyai VLAN yang berlainan untuk setiap NIC.
2.Kawalan keselamatan yang tinggi-Setiap suis yang menyokong VLAN boleh dikawal melalui aplikasi seperti Telnet atau Web Browser atau kedua-duanya. Setiap pangkalan (port) pada suis boleh dikawal dan ditentukan VLANnya. Ini membolehkan pihak pengurusan menentukan VLAN untuk setiap port dan memastikan hanya pangkalan disuis yang tertentu boleh menggunakan pelayan tertentu sahaja. Sekiranya tanpa VLAN, sesiapa sahaja boleh memasuki rangkaian dengan hanya menggunakan mana-mana pangkalan disuis tersebut.
3.Tidak terbatas oleh toplogi-Pembahagian kumpulan boleh dilakukan tanpa bergantung kepada kedudukan fizikal topologi.
ACL
Adalah singkatan kepada Access Control List digunakan didalam sistem network untuk menyekat aktiviti pengguna internet di dalam rangkaian anda mengikut peringkat,sebagai contoh akses internet untuk pelajar tidak membenarkan pelajar melawat laman web friendster,tetapi pensyarah dan kakitangan boleh melawati laman web tersebut.Ini kerana sistem admin telah membuat tapisan atau filtering kepada akses internet pelajar.
ACL terbahag kepada 2
1.Standard ACL-0-99
2.Extended ACL 100-199
setakat ini sahaja yang boleh taip yang lain-lain aku tak berapa faham,aku akan update dari masa ke semasa