2009-05-19

Nilai Manusia

Orang tua-tua pernah berpesan buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali,perumpamaan ini seakan-akan berkait rapat dengan kawan ketawa senang dicari kawan menangis seribu dalam satu belum tentu kita temuinya,banyak jenis manusia Allah temukan dalam kehidupan kita sehari-hari,ada yang macam biskut cicah jer air terus lembik,ada yang macam simen bila dah bercampur air lalu mengeras,ermmm aku adalah insan yang tidak terkecuali menerima ujian daripadaNya,setiap ujian itu ada hikmahnya,mungkin ujian yang dianugerahkan kepada aku memberi aku peluang menilai apa erti sahabat.Mungkin boleh menilai kuantiti "nilai manusia" pada seseorang itu.
Mungkin anda pun pernah mengalami situasi orang tak pernah nak ingat kebaikan yang kita lakukan,tapi bila dah sekali tersalah langkah melakukan kesilapan walaupun yang sekelumit cuma,suara-suara sumbang yang mengutuk atau membentak bagaikan halilintar memananah menara berkembar klcc "pangggg"panggg""ataupun mungkin sehebat perang jepun di malaya.
Anda jangan meletakan diri dalam kehairanan bila setitis pun tidak di ingat jasa-jasa yang pernah kita taburkan untuk manusia yang kurang "nilai manusia".ibarat kata pepatah "ibarat melepaskan anjing yang tersepit".kerana apa mungkin manusia itu tidak menggunakan ingatan(memory) yang di anugerahkanNya dengan sebaik mungkin,atau manusia-manusia ini telah mengubah fungsi ingatan(memory) yang telah di anugerahkan kepada ingatan capaian rawak(RAM-Random Access Memory),yang hanya boleh menyimpan ingatan semasa sedar dan bila dia tidur dan bangun pagi esoknya semua memory semalam telah pun hilang.