2009-11-21

Hakikat kehidupan

Hidup x spt ape yg kita impikan,hidup skrg segalanya memerlukan duit,duit ini,duit itu,nk byr bil ni nk byr bil tu,kemana jer kita pergi semua pakai duit,tidak keterlaluan termasuk cinta pun perlukan duit,sape yang setuju dgn statement aku sila bagitahu aku yer,hehe
Hari kuasa duit sungguh kuat kalau ade ultrameng pun aku rasa ultrameng kalah dengan kuasa duit,dan ramai juga manusia yang jadi hamba duit termasuk aku,bangun jer tido fikir kt mane nk cari duit,kadang tido malam pun x lena fikir psl duit,hutang plak makin byk.silap haribulan nk buat loan pun dah kena black list.Sebab duit la ramai yg putus saudara,putus cinta,bercerai berai.
Kenapa la dalam dunia kena ada duit,kalau dari dulu org2 zaman dulu x buat duit pun xper kan,abes tu ko nak beli brg pakai pe?daun?kulit siput?haha
ape la aku melalut mlm ni.....................
sekian

2009-10-13

hidup segan dan dah mati

hari ni tamat lah riwayat laptopku yg selama ini hidup segan mati tak mahu.Memang confirm tak boleh di hidupkan lagi,aku pulak tgh xder duit so postpone dulu la nak beli laptop baru,bagi aku saat dan ketika ini aku amat memerlukan kehadiran sebijik laptop untuk kegunaan harian tapi apakan daya poket tak mengizikan,nak pinjam duit dgn org?Org lain pun xder duit jugak,kalau ada duit pun mungkin ckp xder duit,satu jer pinjam ni mmg best tp tang nak bayar bila tu x tahu,aku ni belum abes belajar lagi,mana nak ada duit,duit makan bulan2 pun sekadar cukup jer tu pun dh byk jimat sikit sebab aku masak sendiri,dah nasib badan masalah dtg bertimpa2,dah gempa bumi di landa tsunami pula-hehe pepatah baru,hurrmmmm pe nak jadi x tau la,redah ajer tak mati pun kalau xde laptop kan,....................

2009-08-31

aku adalah aku dan takkan jadi org lain

setelah berkurun lama aku membiarkan blog ini bersawang,malam ini aku hadir kembali menaip luahan kepala otakku yang tak berapa nak cerdik ni,pe la nasib ko pis,dah la tak cerdik study tinggi-tinggi mengabiskan duit loan ptptn dan mara jer,tgk la skrg apa yg ko ada,bak kata org habuk pun tarak,dalam bank bukan ada duit, yang ada hutang berlambak yang igt bayar sampai mati pun belum tentu habis lagi tu pun kalau ada minat nak bayar
Hidup ini bukan macam drama TV or drama melayu yang entah apa-apa,kononla belajar kerana mencari keredhaan allah la,tapi yang aku tengok skrg belajar bukan kerana allah,belajar kerana duit ada la,termasuk la aku,dalam tgh laptop aku nyawa2 ikan entah bila ada pengganti aku tak tahu berapa lama lagi laptop kesayangan aku ni bleh hidup tapi yang pasti aku betu-betul tak da duit nak repair,apa lagi nak beli yang baru,repair pun nak seribu baik beli baru kan,duit saving aku abes dah buat bayar yuran unikl,sbb sem ni amik jam kredit lebih 18 jam,aku amik 21 jam kredit jadi yang 3 lagi aku kena bayar sendiri,
alangkah bagusnyer jika ada orang kaya datang ambik aku sebagai anak angkat,tak pun ada mak datin offer aku jadi ..........,
Aku pun tak tahu apa yang nak jadi pada diri aku skrg,mana nak fikir final year project lagi,ladang sawit kat kampung dah kena tebang untuk tanam semula,jadi mak ayah aku hanya harapkan duit elaun yang felda bagi,dengan kos hidup yang makin meningkat,nilai duit dah makin kecik,jika dulu RM10 byk benda bleh dapat tp skrng RM10 cuba korang senaraikan pe yang boleh beli skrg,nak beli beras yg pack kecik 5kg pun dah lebih RM10,jadi aku tak sampai hati nak bebankan family aku dengan masalah aku,biar aku sendiri,sendiri mcm lagu jamal abdillah.jadi penyelesaiannyer aku kena la kerja part time,aku duk usha kedai buku kat klcc depa byr gaji RM5 sejam,boleh la daripada takder langsung atau duk ikat perut makan megi jer hari-hari,makanan yang boleh jadi faktor pemendek umur nak buat macam mana aku tiada pilihan,hidup mesti di teruskan ko nak menangisi nasib hidup ko buat apa ada org lain kisah ko makan ke tak....bak kata ally iskandar ko xder duit ko makan megi "aku peduli ape" lagi pun selama ni ko hidup ada orang tanya"awang mu makang dok agi"(dlm dialek tganu)?kalau zamang jepung dulu mungkin yer,tp not for today...this is melenium 09,i don't care kata org putih.
Hidup tak seperti apa yang kita impikan tapi hidup mesti diteruskan.Duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit mungkin termasuk "love".Banyak cara untuk buat kita mati tapi banyak sebab untuk kita terus hidup.

2009-07-26

alamak spot cek??

Hampir termangu ku sendirian selepas mendengar perkabaran my future mother in law hendak dtg melawat rumah sewa a.k.a rumah bujang aku.Mengelebah la jugak,tp aku yakin budak2 rumah aku yang baru ini semua bertamadun tinggi,hehe tak la bimbang la aku aku dgn rilek n selamba mempersilakan my mother in law masuk ke dalam rumah kami.keputusanyer amat membanggakan siap kena puji lagi kikikiki

2009-06-26

krisis keyakinan diri

Kalau dunia tengah mengalami krisis ekonomi dunia,aku pula mengalami krisis keyakinan pada diri sendiri,makin masa berlalu makin aku terasa seolah-olah masa itu menghakis keyakinan pada diri ku ini,saban waktu dan ketika aku cemburu dengan orang lain dengan kejayaan dalam hidup mereka yang boleh di ukur dengan harta meterialistik.sekali gus menghakis benteng2 keyakinan hati dan perasaan yang ku bina selama ini,bukan aku tak berusaha nak dapatkan sama seperti mereka tapi ada jer halangan yang datang tiba-tiba,aku juga percaya kepada keajaiban mesti anda pun pernah melalui pengalaman itu dan mungkin anda tak perasan.Pengalaman seperti bila ada duit benda ni la rosak kadang benda-benda yang tak pernah rosak pun sepanjang kita tgh xda duit.Tapi bila cukup jer target duit kita nak beli sesuatu,tang tu jugak benda tu nak rosak,tang tu jugak ada benda lain kita nak buat kerana tahap kepentingannyer melampaui batas orang tanam sayur.
Nak kata aku ni tak pandai cari duit,tak mungkin kerana banyak dah duit KERAjaan yang dah aku abiskan wat study org puteh kate,kira pandai la tu cari duit orang xdok duit mane leh sambung ngaji tinggi-tinggi kan.
Matlamat aku nak pakai kereta atas duit usaha sendiri sebelum abis belajor,tapi nampak gaya tak kesampaian,tapi tak per la buat masa ni aku pakai bas 2 tingkat,tren komuter,tren putra,komuter,dan bas rapid KL(tak kira la no berapa dan kaler ape kalau dulu2 aku selalu naik 102&103) dan yang pastinya akan aku manfaatkan kaki aku yang panjang ini untuk ke mana2.lagi pun apa yang aku senaraikan kat atas tu harganyer lebih mahal dan lagi canggih daripada mana2 kereta kat atas jalan di kampung felda kerteh 3.tak yah susah2 nk pulas power streng untuk kemana-mana,x yah nak fikir parking kat mane,dan yang lagi x boleh d sangkal oleh mana-mana pihak walau tinggi mana pun teknologi skrg dan masa depan ianya x leh lawan "teknologi" Allah yang telah menciptakan dan menanugerahkan sepasang kaki kepada aku...sekian

2009-06-25

forex lagi?

hari sebenarnya xde pe pun yg aku nk tulis tp sajer2 mensawang blog aku ni biar nampak aktif ckit,hehe byeeee

2009-06-23

rumah ogang

rumah ogang,ni rumah sewa aku masa diploma kat politeknik dungun terengganu jun 2005-jun 2006





myvi?viva?saga?satria?rush?

mcm pelik jer tajuk tu kan tapi ape yang aku nk ckp kan adalah aku agak cemburu dengan kemajuan yang di capai oleh rakan-rakan sepersekolahan dulu,ada yang dah pakai kete myvi,viva, ke30(xder la jeles sangat-hehe)? aku melihat apa yang ada pada diriku sekarang?melihat anak-anak jiran bersior dengan kete masing2 seakan-akan memerli aku mana tak nyer belajar setakat spm,tapi dlm masa yang singkat dah boleh dpt semua tu,aku yang belajar bertungkus lumus ni(entah ye ke x-hehe) demi segulung ijazah dan sekeping diploma xder ape2 pun lagi bljr tinggi2 entah dapat keje ke x blm tahu lg.
aku merenung pada diriku apa yang ada pada diriku ini,uang harta awek(semestinya),terkadang terdetik gak rasa x puas hati buat masa skrg,masyarakat kuno zaman skrg mengukur kejayaan seseorang individu melalui apa yg dilihat di depan mata smpai ade suara2 sumbang sih"tgk anak aku x belajar tinggi mcm ank si anu tu tapi tgk la skrg dah pakai kete myvi".Nak jer aku jawab"wei mak cik pe la sangat dgn kete myvi tu sume hutang bleh la tunggu la aku abis study nnt bkn myvi atau viva tuan myvi pun aku leh dapat-tu pun kl future wife aku pakai myvi" nasib ko la amad,myb rezeki ko xder lagi aku try memujuk hati aku lagi dan dan daripada itu jugak aku telah mecipta satu slogan untuk rakan-rakan seangkatan dengan aku "Sume orang boleh beli kereta tapi x semua orang boleh gengam segulung ijazah"
rakan-rakan seangkatan dengan ku bangkit la jangan malu jika rakan2 anda yg pelajaran x tinggi tp dah leh pakai kete,kerana per kerana kita lps study nnt bukan setakat kereta kilang kete pun kita bleh beli,hehe


toyota rush-kete idaman



PS:walaupun sebenarnya belajar tinggi2 membanyakan hutang tp hidup mesti di teruskan

2009-06-14

sekolah rendah kebangsaan rasau kerteh bandar B1

Setelah lama membiarkan blog ku bersawang terdetik gak hati nak update blog aku ni,hari tu aku ada p sekolah rendah iaitu sekolah lama aku dulu,sempat gak la ambik gambar,teringat masa kecik2 dulu tempat berhimpun pagi2 sebelum masuk kelas,tempat kena denda surau,mujur la ianya masih ade dan belum di ubah suai hehe.
Untuk pengetahun korang sume nama sekolah aku ialah sekolah rendah kerteh bandar B1 ketengah jaya dungun terengganu,kepada kawan2 lama atau sape2 yang pernah study kat sini dulu atau cikgu-cekgi yg pernah mengajar disini terima kasih banyak2 jasamu tetap d kenang boleh la tinggalkan komen korang,ok la lain kali aku update pasal sekolah menengah aku plak


Pintu pagar sekolah



Tempat perhimpunan a.k.a tempat kena denda


kantin sekolah


surau....


Kelas aku masa Darjah 1

2009-05-19

Nilai Manusia

Orang tua-tua pernah berpesan buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali,perumpamaan ini seakan-akan berkait rapat dengan kawan ketawa senang dicari kawan menangis seribu dalam satu belum tentu kita temuinya,banyak jenis manusia Allah temukan dalam kehidupan kita sehari-hari,ada yang macam biskut cicah jer air terus lembik,ada yang macam simen bila dah bercampur air lalu mengeras,ermmm aku adalah insan yang tidak terkecuali menerima ujian daripadaNya,setiap ujian itu ada hikmahnya,mungkin ujian yang dianugerahkan kepada aku memberi aku peluang menilai apa erti sahabat.Mungkin boleh menilai kuantiti "nilai manusia" pada seseorang itu.
Mungkin anda pun pernah mengalami situasi orang tak pernah nak ingat kebaikan yang kita lakukan,tapi bila dah sekali tersalah langkah melakukan kesilapan walaupun yang sekelumit cuma,suara-suara sumbang yang mengutuk atau membentak bagaikan halilintar memananah menara berkembar klcc "pangggg"panggg""ataupun mungkin sehebat perang jepun di malaya.
Anda jangan meletakan diri dalam kehairanan bila setitis pun tidak di ingat jasa-jasa yang pernah kita taburkan untuk manusia yang kurang "nilai manusia".ibarat kata pepatah "ibarat melepaskan anjing yang tersepit".kerana apa mungkin manusia itu tidak menggunakan ingatan(memory) yang di anugerahkanNya dengan sebaik mungkin,atau manusia-manusia ini telah mengubah fungsi ingatan(memory) yang telah di anugerahkan kepada ingatan capaian rawak(RAM-Random Access Memory),yang hanya boleh menyimpan ingatan semasa sedar dan bila dia tidur dan bangun pagi esoknya semua memory semalam telah pun hilang.