setelah berkurun lama aku membiarkan blog ini bersawang,malam ini aku hadir kembali menaip luahan kepala otakku yang tak berapa nak cerdik ni,pe la nasib ko pis,dah la tak cerdik study tinggi-tinggi mengabiskan duit loan ptptn dan mara jer,tgk la skrg apa yg ko ada,bak kata org habuk pun tarak,dalam bank bukan ada duit, yang ada hutang berlambak yang igt bayar sampai mati pun belum tentu habis lagi tu pun kalau ada minat nak bayar
Hidup ini bukan macam drama TV or drama melayu yang entah apa-apa,kononla belajar kerana mencari keredhaan allah la,tapi yang aku tengok skrg belajar bukan kerana allah,belajar kerana duit ada la,termasuk la aku,dalam tgh laptop aku nyawa2 ikan entah bila ada pengganti aku tak tahu berapa lama lagi laptop kesayangan aku ni bleh hidup tapi yang pasti aku betu-betul tak da duit nak repair,apa lagi nak beli yang baru,repair pun nak seribu baik beli baru kan,duit saving aku abes dah buat bayar yuran unikl,sbb sem ni amik jam kredit lebih 18 jam,aku amik 21 jam kredit jadi yang 3 lagi aku kena bayar sendiri,
alangkah bagusnyer jika ada orang kaya datang ambik aku sebagai anak angkat,tak pun ada mak datin offer aku jadi ..........,
Aku pun tak tahu apa yang nak jadi pada diri aku skrg,mana nak fikir final year project lagi,ladang sawit kat kampung dah kena tebang untuk tanam semula,jadi mak ayah aku hanya harapkan duit elaun yang felda bagi,dengan kos hidup yang makin meningkat,nilai duit dah makin kecik,jika dulu RM10 byk benda bleh dapat tp skrng RM10 cuba korang senaraikan pe yang boleh beli skrg,nak beli beras yg pack kecik 5kg pun dah lebih RM10,jadi aku tak sampai hati nak bebankan family aku dengan masalah aku,biar aku sendiri,sendiri mcm lagu jamal abdillah.jadi penyelesaiannyer aku kena la kerja part time,aku duk usha kedai buku kat klcc depa byr gaji RM5 sejam,boleh la daripada takder langsung atau duk ikat perut makan megi jer hari-hari,makanan yang boleh jadi faktor pemendek umur nak buat macam mana aku tiada pilihan,hidup mesti di teruskan ko nak menangisi nasib hidup ko buat apa ada org lain kisah ko makan ke tak....bak kata ally iskandar ko xder duit ko makan megi "aku peduli ape" lagi pun selama ni ko hidup ada orang tanya"awang mu makang dok agi"(dlm dialek tganu)?kalau zamang jepung dulu mungkin yer,tp not for today...this is melenium 09,i don't care kata org putih.
Hidup tak seperti apa yang kita impikan tapi hidup mesti diteruskan.Duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit mungkin termasuk "love".Banyak cara untuk buat kita mati tapi banyak sebab untuk kita terus hidup.
2009-08-31
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment