2008-10-12
bukit bauk d sewa episod 1
Alhamdulillah sudah 4 semester aku telah menyambung pengajian di politeknik dungun terengganu,setakat ini tiada lagi gangguan-gangguan yang teruk menghantui aku.Setakat sikit-sikit biasala adat masuk tempat baru.Selepas menjalani latihan industri aku dan kawan-kawan memilih untuk menetap di rumah sewa,rumah sewa kami terletak di kaki bukit bauk dan di sebelah sekolah menengah teknik.
Sungguh malang nasib aku,hari ni merupakan hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar yang baru habis menjalani latihan industri.semua pelajar mesti menghantar report.Report aku di tolak oleh pensyarah alasannya muka surat tidak mencukupi dengan kata lain "report awak nipis sangat","ini baru report" sampuk sorang lagi pensyarah sambil menunjukkan aku report pelajar lain."Apalah awak ini pergi hantar printer pun nak tulis dalam buku log?"sambung pensyarah itu lagi "Dah itu kerja yang syarikat bagi kat saya takkan saya nak tulis pergi hantar kapal terbang kot"balas aku dengan nada geram."saya nak awak buat balik report ni kalau tak awak dikira gagal untuk paper praktikal".
Aku terus keluar dari dewan besar dimana tempat yang digunakan untuk proses pendaftaran hari ini,sebelum melangkah keluar rakan-rakan kelas ku ada bertanya kenapa report aku di tolak aku cakap"Entah "aku terus berlalu malas nak melayan pertanyaan sebegitu.Dalam kepala aku asyik duk berfikir kenapa pensyarah cakap report aku tak cukup sedangkan dalam buku panduan hanya nak 50 helai jer report aku 63 helai lebih dari mencukupi.Apa lagi yang tak kena,macam mana aku nak buat?
Aku terus balik ke rumah sewa,sampai jer kat rumah aku tengok semua member dah ada mungkin baru sampai maklumla semua duduk jauh kecuali aku yang tinggal dalam daerah ni juga.suasana riuh mula menguasai rumah sewa aku macam jejak kasih pun ada biasala dah lama tak berjumpa lepas praktikal kami bercuti selama 2 bulan,rumah sewa kami dihuni oleh 10 orang dari kursus yang berlainan 4 orang dari diploma mekanikal keplastikan(DMK)iaitu bad,helmi,mamut dan sadri, 4 orang diploma kejuteraan mekanikal(DTK) amar,jedi,hise,dan arwah ben,2 lagi adalah dari diploma teknologi komputer(DTK) iaitu hafiz(aku) dan shokray namanya agak pelik tapi itu la keunikan rumah sewa bukit bauk.Aku dan shokray memang baik semenjak semester 1 dia adalah roomate aku semasa tinggal di hostel.
2008-09-13
Berkelah di Pantai Ma daerah
Nelayan Pantai
2008-04-30
satu dua tiga
Hari pertama jaguh di dalam kelas cikgu jaguh mengajarnya mengira, jaguh sungguh merasa gembira kerana dapat belajar mengira.Apabila pulang ke rumah bapanya bertanya kepada anaknya "Jaguh bapak belajar apa kat sekolah"."Belajar mengira 1 2 3 " jawab jaguh dengan penuh ceria."wah bagus anak bapak" haguh memuji anaknya.
Sebagai pendorong kepada anaknya haguh bercadang ingin membawa anaknya pergi membeli belah di salah sebuah pasar raya yang baru sahaja dibuka di tempat mereka.Haguh membawa anaknya ke pasar raya dengan menaiki motor kapchai yang hampir reput di mamah anai-anai.
Sesampainya di pasar raya tersebut jaguh terus melompat dan berlari kedralam pasaraya.Jaguh yang baru pandai mengira ingin menujukkan kebolehannya mengira kepada bapaknya.Sambil belari-lari anak jaguh terus mengira deretan bungkusan milo yang berada di rak pameran.
Haguh berkata dalam hati "anak aku ni kecik-kecik lagi dah pandai mengira tak la dol macam aku kecik-kecik dulu".Dalam keasyikan tengah mengira bungkusan milo di rak pameran jaguh terdengar sesuatu yang agak pelik,bunyinya berulang-ulang,jaguh memahami bunyi tersebut tapi berasa hairan.Lalu jaguh terus mendapatkan bapaknya "bapak tadi kan saya tengok ada abang tu gagap dan tak pandai mengira"."Ha tu la kecik-kecik tak nak belajar kan dah tak pandai mengira tengok macam anak aku ni kecik-kecik lagi dah pandai mengira" haguh bersuara dengan penuh bangga.
Tiba-tiba datang seorang aney india "wei encik pakcik itu orang bukan gagap la itu orang test suara mikropon juga ada bikin" kedengaran"TESTING2 SATU DUA TESTING SATU DUA".
2008-04-12
kisah nyamuk pendiam dan nyamuk peramah
Hingga satu hari nyamuk pendiam sudah tidak tahan dengan ejekan si nyamuk peramah.Beliau pun mencari ilham bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut.Pada suatu hari nyamuk pendiam mengajak si nyamuk peramah pergi menghisap darah berjemaah.Si nyamuk pendiam mengajaknya menghisap darah di tepi telinga seorang manusia.Sesudah sampai di destinasi si pendiam mencabar peramah agar pergi menghisap dulu.
Si peramah yang pantang di cabar tanpa berfikir panjang terus pergi menghisap darah,,,,weng weng weng si peramah terbang berhampiran telinga manusia itu......tiba-tiba "PAANGGG" hah mampus kau jerit manusia itu...maka tamat la riwayat si nyamuk peramah yang sengal.......sekian moral of the story...diam diam ubi isi....
kreatifnya orang jawa
orang yang suka menulis surat namanya suratman
orang yang pandai baiki kereta karman(carman)
orang lelaki yang suka tanam bunga namanya Rosman
dan orang yang boleh terbang pulak nama dia suparman
sekian
2008-02-26
badak dan konkrit
Menurut kajian terbaru badak dan konkrit boleh digabungkan menjadi satu perkataan.adalah dipercaya perkataan hipokrit adalah berasal daripada dua gabungan perkataan iaitu badak dan konkrit,dimana badak dalam bahasa ibunda j.w.w birch ialah hypo dan konkrit.
Hipokrit membawa maksud bermuka-muka atau tidak menunjukan perihal peribadi sebenar seseorang individu itu bila berdepan dengan masyarakat.Boleh di ibaratkan macam badak yang mati di salut konkrit
2008-02-21
kereta control atau spy plane?
Di satu pagi di bulan januari,3 orang sahabat yang sedang lena menidurkan diri lena diulit mimpi indah dikejutkan dengan suatu bunyi yang amat pelik.Bunyi yang tidak pernah di dengar sebelum ini.Bunyi tersebut sekepjap ada sekejap takder macam biskut.
Bunyi yang pelik tersebut telah mengejut 2 orang daripada 3 orang sahabat tersebut,hafiz jaafar dan hafiz ganu maka bertanyalah Hafiz Jaafar kepada hafiz ganui,"eh apa kebenda yang berbunyi tadi macam pelik jer tak pernah pun aku dengar bunyi pelik macam tu" hafiz ganu menjawab "aku rasa spy plane la aku takut dia langgar bilik kita","yeke kau nampak ke?" tanya hafiz jaafar lalu terus turun dari katil keluar bilik terus termenung di beranda."Aku tak sempat nak tengok apa benda yang berbunyi tadi yang aku nampak asap jer kau sempat tengok ke?" hafiz ganu menerangkan kepada hafiz jaafar."ufo ke?" hafiz jaafar bertanya"aku rasa spy plane"."Iye-iye la kau ni aku rasa kereta control la aku sempat tengok tadi tapi kereta tu dah jauh"hafiz jaafar mencelah "Ada ke orang main kereta control pagi-pagi buta macam ni"hafiz ganu terus bertanya.
Jam dinding di bilik menunjukkan pukul 4 pagi,setelah lama 2 orang sahabat termenung di beranda.tiba-tiba sayup-sayup kendengaran bunyi yang seakan-akan bunyi pelik tadi."Dia datang dia datang,cepat menyorok aku takut dia langgar bilik kita"cakap hafiz ganu dengan penuh menggelabah.
Lama kelamaan bunyi tersebut makin dekat,"weng weng weng weng weng" "diam-diam dia dah datang"hafiz jaafar memberi arahan.Apabila bunyi tersebut makin dekat kedua-kedua hafiz terkejut besar"..........
"Ceh aku ingat UFO atau kereta control rupanya Lori penyembur nyamuk buang karen betul la jom la sambung tidur"berkata hafiz jaafar dengan nada hampeh.
Lori penyembur nyamuk terus menjalankan tugasnya hingga lama kelamaan bunyi pelik itu semakin hilang dari pendengaran.
2008-02-19
Mode pilihan raya
Sebagai perkara lumrah atau seakan-akan wajib,bila menjelma musim pilihan raya persekitaran negara malaysia yang indah ini akan menjadi bertambah indah dengan hiasan poster yang berwarna-warni.Poster-poster yang mewakili lambang pelbagai parti politik,pelbagai warna antaranya hijau,merah,biru dan kuning.
Musim dimana banyak pekara-perkara pelik yang tidak pernah berlaku akan bakal berlaku.Para pemimpin yang sebelum ini teramat sibuk hingga tiada masa untuk bertemu rakyat seakan-akan terlebih masa untuk mendengar masalah rakyat.Projek-projek baru akan tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan,kain pelikat,susu,milo,beras akan bertukar tangan bagaikan bertukar servis dalam permainan badminton,Iklan di media arus perdana berkurangan dan digantikan dengan paparan kejayaan Negeri-negeri.Masing-masing bangga dengan pencapaian negeri sendiri,boleh di ibaratkan sebagai prensentation atau pembentangan selepas melaksanakan amanah rakyat.
Tidak dinafikan negara kita telah mengalami pembangunan yang boleh dibanggakan di seluruh pelusuk dunia selepas mengecapi kemerdekaan selama 5 dekad,tetapi persoalanya disini adakah apa yang kita peroleh itu dengan cara yang betul.Matlamat tidak menghalalkan cara,adakah pembangunan yang dilakukan untuk kesejahteraan rakyat?
Baik pembangkang atau pemimpin,siapa yang berada di atas tidak penting,kami rakyat umpama pelanduk yang hampir mati di tengah-tengah apabila gajah bergaduh.Jangan manifesto hanya kata-kata yang tak mampu di implankan apabila kerajaan terbentuk lagi.
lan wan technology
UniKL-1807 4.30 pm-6.3o
Lecture-En Ahmad
Tempat Duduk:Belakang sekali sebelah mang
Ini adalah apa yang aku faham
Rangkaian kawasan setempat maya atau lebih dikenali dengan nama VLAN definisikan sebagai “Kumpulan logikal dua atau lebih nod yang mempunyai nombor rangkaian (network number) yang sama tetapi tidak semestinya berada di dalam segmen rangkaian yang sama.”
Apa yang aku faham tentang VLAN adalah switch boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk membentuk rangkain lain atau dengan fahaman lain adalah seperti membuat partition(pembahagian pada Hard disk.Oleh itu kita boleh menganggap kita mempunyai 2 atau lebih rangkaian LAN dalam satu switch yang sama.Konfigurasi boleh dilakukan di dalam switch menggunakan CLI-lab sheet.
Di antara kebaikan pada VLAN ialah
1.Meningkatkan prestasi-Dapat memisahkan pelanggaran (collision) domain dan broadcast domain. Ini menyebabkan trafik di dalam sistem rangkaian dapat disekat dari keluar dari kumpulan tersebut. Trafik broadcast yang berlaku dapat dikurangkan dengan menentukan stesen yang mempunyai tugasan yang sama berada di dalam kumpulan yang sama tanpa mengira lokasi sebenar stesen tersebut. Selain dari itu, pelayan juga boleh dipasang berapa NIC (network interface card) dan mempunyai VLAN yang berlainan untuk setiap NIC.
2.Kawalan keselamatan yang tinggi-Setiap suis yang menyokong VLAN boleh dikawal melalui aplikasi seperti Telnet atau Web Browser atau kedua-duanya. Setiap pangkalan (port) pada suis boleh dikawal dan ditentukan VLANnya. Ini membolehkan pihak pengurusan menentukan VLAN untuk setiap port dan memastikan hanya pangkalan disuis yang tertentu boleh menggunakan pelayan tertentu sahaja. Sekiranya tanpa VLAN, sesiapa sahaja boleh memasuki rangkaian dengan hanya menggunakan mana-mana pangkalan disuis tersebut.
3.Tidak terbatas oleh toplogi-Pembahagian kumpulan boleh dilakukan tanpa bergantung kepada kedudukan fizikal topologi.
ACL
Adalah singkatan kepada Access Control List digunakan didalam sistem network untuk menyekat aktiviti pengguna internet di dalam rangkaian anda mengikut peringkat,sebagai contoh akses internet untuk pelajar tidak membenarkan pelajar melawat laman web friendster,tetapi pensyarah dan kakitangan boleh melawati laman web tersebut.Ini kerana sistem admin telah membuat tapisan atau filtering kepada akses internet pelajar.
ACL terbahag kepada 2
1.Standard ACL-0-99
2.Extended ACL 100-199
setakat ini sahaja yang boleh taip yang lain-lain aku tak berapa faham,aku akan update dari masa ke semasa