2008-02-19

Mode pilihan raya

Negara Malaysia negara yang cukup unik di Nusantara.Unik daripada pelbagai aspek antaranya aspek politik,ekonomi dan SOsial,Sebuah Negara orang Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen.Menjadi satu kewajiban sesebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi akan melakukan pilihan raya setiap 4 atau 5 tahun atau dengan lebih tepat selepas sepenggal memerintah negara.
Sebagai perkara lumrah atau seakan-akan wajib,bila menjelma musim pilihan raya persekitaran negara malaysia yang indah ini akan menjadi bertambah indah dengan hiasan poster yang berwarna-warni.Poster-poster yang mewakili lambang pelbagai parti politik,pelbagai warna antaranya hijau,merah,biru dan kuning.
Musim dimana banyak pekara-perkara pelik yang tidak pernah berlaku akan bakal berlaku.Para pemimpin yang sebelum ini teramat sibuk hingga tiada masa untuk bertemu rakyat seakan-akan terlebih masa untuk mendengar masalah rakyat.Projek-projek baru akan tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan,kain pelikat,susu,milo,beras akan bertukar tangan bagaikan bertukar servis dalam permainan badminton,Iklan di media arus perdana berkurangan dan digantikan dengan paparan kejayaan Negeri-negeri.Masing-masing bangga dengan pencapaian negeri sendiri,boleh di ibaratkan sebagai prensentation atau pembentangan selepas melaksanakan amanah rakyat.
Tidak dinafikan negara kita telah mengalami pembangunan yang boleh dibanggakan di seluruh pelusuk dunia selepas mengecapi kemerdekaan selama 5 dekad,tetapi persoalanya disini adakah apa yang kita peroleh itu dengan cara yang betul.Matlamat tidak menghalalkan cara,adakah pembangunan yang dilakukan untuk kesejahteraan rakyat?
Baik pembangkang atau pemimpin,siapa yang berada di atas tidak penting,kami rakyat umpama pelanduk yang hampir mati di tengah-tengah apabila gajah bergaduh.Jangan manifesto hanya kata-kata yang tak mampu di implankan apabila kerajaan terbentuk lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Ape kate ko yg jd pemimpin br ko tau macam mana rasanya kn.. cite bnyak x guna la bro.. hehehe.. neway congrats sbb berjaya siapkn blog ko ni.. keep d gud work n attitude..

Anonymous said...

hmmpp..hny org yg tau berfikir je yg dpt menilai kebenaran..huhu