UniKL-1807 4.30 pm-6.3o
Lecture-En Ahmad
Tempat Duduk:Belakang sekali sebelah mang
Ini adalah apa yang aku faham
Rangkaian kawasan setempat maya atau lebih dikenali dengan nama VLAN definisikan sebagai “Kumpulan logikal dua atau lebih nod yang mempunyai nombor rangkaian (network number) yang sama tetapi tidak semestinya berada di dalam segmen rangkaian yang sama.”
Apa yang aku faham tentang VLAN adalah switch boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk membentuk rangkain lain atau dengan fahaman lain adalah seperti membuat partition(pembahagian pada Hard disk.Oleh itu kita boleh menganggap kita mempunyai 2 atau lebih rangkaian LAN dalam satu switch yang sama.Konfigurasi boleh dilakukan di dalam switch menggunakan CLI-lab sheet.
Di antara kebaikan pada VLAN ialah
1.Meningkatkan prestasi-Dapat memisahkan pelanggaran (collision) domain dan broadcast domain. Ini menyebabkan trafik di dalam sistem rangkaian dapat disekat dari keluar dari kumpulan tersebut. Trafik broadcast yang berlaku dapat dikurangkan dengan menentukan stesen yang mempunyai tugasan yang sama berada di dalam kumpulan yang sama tanpa mengira lokasi sebenar stesen tersebut. Selain dari itu, pelayan juga boleh dipasang berapa NIC (network interface card) dan mempunyai VLAN yang berlainan untuk setiap NIC.
2.Kawalan keselamatan yang tinggi-Setiap suis yang menyokong VLAN boleh dikawal melalui aplikasi seperti Telnet atau Web Browser atau kedua-duanya. Setiap pangkalan (port) pada suis boleh dikawal dan ditentukan VLANnya. Ini membolehkan pihak pengurusan menentukan VLAN untuk setiap port dan memastikan hanya pangkalan disuis yang tertentu boleh menggunakan pelayan tertentu sahaja. Sekiranya tanpa VLAN, sesiapa sahaja boleh memasuki rangkaian dengan hanya menggunakan mana-mana pangkalan disuis tersebut.
3.Tidak terbatas oleh toplogi-Pembahagian kumpulan boleh dilakukan tanpa bergantung kepada kedudukan fizikal topologi.
ACL
Adalah singkatan kepada Access Control List digunakan didalam sistem network untuk menyekat aktiviti pengguna internet di dalam rangkaian anda mengikut peringkat,sebagai contoh akses internet untuk pelajar tidak membenarkan pelajar melawat laman web friendster,tetapi pensyarah dan kakitangan boleh melawati laman web tersebut.Ini kerana sistem admin telah membuat tapisan atau filtering kepada akses internet pelajar.
ACL terbahag kepada 2
1.Standard ACL-0-99
2.Extended ACL 100-199
setakat ini sahaja yang boleh taip yang lain-lain aku tak berapa faham,aku akan update dari masa ke semasa
1 comment:
Fiz..
Harap dpt explain lebih detail lg psl VLAN.
Post a Comment