Kalau dunia tengah mengalami krisis ekonomi dunia,aku pula mengalami krisis keyakinan pada diri sendiri,makin masa berlalu makin aku terasa seolah-olah masa itu menghakis keyakinan pada diri ku ini,saban waktu dan ketika aku cemburu dengan orang lain dengan kejayaan dalam hidup mereka yang boleh di ukur dengan harta meterialistik.sekali gus menghakis benteng2 keyakinan hati dan perasaan yang ku bina selama ini,bukan aku tak berusaha nak dapatkan sama seperti mereka tapi ada jer halangan yang datang tiba-tiba,aku juga percaya kepada keajaiban mesti anda pun pernah melalui pengalaman itu dan mungkin anda tak perasan.Pengalaman seperti bila ada duit benda ni la rosak kadang benda-benda yang tak pernah rosak pun sepanjang kita tgh xda duit.Tapi bila cukup jer target duit kita nak beli sesuatu,tang tu jugak benda tu nak rosak,tang tu jugak ada benda lain kita nak buat kerana tahap kepentingannyer melampaui batas orang tanam sayur.
Nak kata aku ni tak pandai cari duit,tak mungkin kerana banyak dah duit KERAjaan yang dah aku abiskan wat study org puteh kate,kira pandai la tu cari duit orang xdok duit mane leh sambung ngaji tinggi-tinggi kan.
Matlamat aku nak pakai kereta atas duit usaha sendiri sebelum abis belajor,tapi nampak gaya tak kesampaian,tapi tak per la buat masa ni aku pakai bas 2 tingkat,tren komuter,tren putra,komuter,dan bas rapid KL(tak kira la no berapa dan kaler ape kalau dulu2 aku selalu naik 102&103) dan yang pastinya akan aku manfaatkan kaki aku yang panjang ini untuk ke mana2.lagi pun apa yang aku senaraikan kat atas tu harganyer lebih mahal dan lagi canggih daripada mana2 kereta kat atas jalan di kampung felda kerteh 3.tak yah susah2 nk pulas power streng untuk kemana-mana,x yah nak fikir parking kat mane,dan yang lagi x boleh d sangkal oleh mana-mana pihak walau tinggi mana pun teknologi skrg dan masa depan ianya x leh lawan "teknologi" Allah yang telah menciptakan dan menanugerahkan sepasang kaki kepada aku...sekian
2009-06-26
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
keyakinan diri x diukur berdasarkan hrta materialistik..apa yg kita nmpk,bkn sgalanya benar.tp apa yg penting,adalah apa yg berada dlm hati anda..yakin lah,Tuhan tu maha adil,jk anda berusaha skrg,tp xdpt apa2,yakinlah,suatu hr nt anda akn mendpt sgalanya..yakin pada janji Tuhan..sekian
Post a Comment